Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Hosting Percuma Untuk WordPress

Recommended Posts

hosting-percuma-2019.png

Hosting Untuk WordPress

Hosting untuk WordPress, terdapat banyak pembekal yang menjualnya baik dari dalam Malaysia mahupun luar negara, cuma sebagai pengguna anda harus bijak memilih pembekal yang benar-benar selamat dan diyakini.

WordPress kini menjadi pilihan no.1 dunia sebagai platform untuk membangunkan sesebuah website baik untuk kegunaan perniagaan, persendirian atau apa sahaja kerana WordPress sememangnya platform yang sangat berprestij dan mantap.

Pilihan Hosting Untuk WordPress Perniagaan Anda

Anda boleh pilih pakej hosting yang tidak terlalu besar sekiranya anda ingin bangunkan sesebuah website dari platform WordPress. Sekiranya anda mampu untuk melanggan pakej hosting yang bersaiz besar, itu adalah satu kelebihan buat perniagaan anda.

Sebaiknya pilih diantara 3GB sehingga 10GB untuk saiz kuota hosting dan mempunyai kapasiti load yang agak baik sekitar 10GB sehingga 100GB limit bandwitdh nya untuk setiap bulan. Jadinya, website anda tidak akan mengalami masalah lagging atau overload usage jika ramai orang atau trafik singgah ke website anda dalam satu-satu masa yang sama.

Ada pihak pembekal hosting untuk WordPress menjual pakej hosting yang murah tetapi sepsifikasinya sangat tidak sesuai dengan kehendak semasa. Sebagai contoh, hanya dengan RM50 sebulan anda hanya terima 1GB saiz berserta 3GB limit bandwidthnya. Jadi, ini akan membuatkan anda tidak cukup ruang dan keduanya tidak mampu menyokong kebanjiran trafik dari pengunjung website dalam masa yang sama.

Tips Memilih Pakej Hosting Untuk WordPress

Di bawah saya sediakan beberapa tips untuk anda sebelum melakukan sebarang pembelian ke atas mana-mana pakej hosting untuk membangunkan website dari platform WordPress :

  1. Elakkan dari melihat harga pakej semata-mata, sebaliknya lihat apa kandungan pakej yang disediakan oleh pembekal web hosting.
  2. Cuba semak jumlah kuota DISK (Disk Quota) yang diberikan. Adakah mencukupi dengan penggunaan anda.
  3. Cuba semak jumlah limit Bandwidthnya (Bandwidth Limit), adakah ianya mencukupi untuk penggunaan anda dan lihat sama ada limit tersebut secara bulanan (Monthly).
  4. Semak jenis hosting yang diberikan, adakah ianya dari jenis cPanel atau sebaliknya. Kerana ada pembekal hosting yang berikan kepada penggunanya OS yang bukan dari jenis cPanel. Maka ini akan menyukarkan anda untuk membangunkan sebuah website dikemudian hari nanti. cPanel ialah OS terbaik untuk hosting.
  5. Pastikan harga pakej hosting adalah logik dan diterima akal dengan apa yang disediakan. Di sini anda perlu lebih peka dan jangan terlalu bergantung kepada penjual hosting.

Kesilapan Dalam Memilih Hosting Untuk WordPress

Setelah beberapa tahun saya menjual pakej hosting untuk WordPress, saya telah jumpa ramai pelanggan yang merungut dengan banyak kisah kesilapan mereka dalam memilih hosting. Diantaranya ialah :

  1. Website sering mengalami masalah overload ketika trafik tinggi. Kes ini disebabkan pembekal web hosting berikan akses yang terhad untuk Limit Bandwidth pakejnya secara bulanan.
  2. Website sering keluar mesej Server Not Found. Ini disebabkan ram atau Memori Server dari pembekal webhosting berikan kepada anda adalah kecil sekitar 1024MB sahaja (1GB). Dan rata-rata pembekal web hosting untuk pakej WordPress adalah dari sumber perkongsian hosting atau Share Hosting. Disebabkan itu ada masanya kita akan jumpa atau nampak mesej Server Not Found.
  3. Gagal untuk upload imej atau video ke WordPress. Ini disebabkan saiz DISK yang diberikan kepada anda dari pembekal webhosting adalah dalam jumlah yang kecil dan anda sudah habis gunakannya. Cara untuk mengatasi masalah ini dengan menaiktaraf pakej hosting kepada pakej yang lebih besar.

Anda juga mungkin meminati artikel lain di SEO Malaysia :

  1. Teknik Paling Mudah Bina Website Guna WordPress
  2. Fungsi Yang Terdapat Di Dalam WordPress Secara Asas
  3. Cara Bina Website Sediri
  4. Proses Awal Sebelum Kita Mulakan Bina Website

Sekiranya anda ingin berjinak-jinak dalam pembinaan sebuah website dari platform WordPress, anda juga boleh memohon Hosting Percuma yang disediakan oleh saya sendiri. Sila rujuk di sini : Hosting Percuma 

Atau anda boleh lihat lain-lain pakej hosting yang disediakan oleh saya melalui portal jualan Hosting Murah Malaysiadengan klik di sini : Hosting Murah Malaysia

Terima kasih,

Sifu SEO Malaysia

 

Tags : hosting untuk wordpress,hosting wordpress,hosting murah malaysia,tips pilih hosting,hosting percuma,

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×