Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Kucing yang suka merayau lebih berisiko terdedah penyakit - Kajian

Recommended Posts

41555493242_catstray.jpg
MUNGKIN ramai berpendapat bahawa membiarkan kucing peliharaan anda bermain di luar kawasan rumah boleh membantu kucing itu supaya lebih sihat.

Namun, tahukah anda jika berbuat demikian, risiko untuk anak-anak bulus anda itu mendapat penyakit adalah lebih tinggi?

Menurut satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Auburn di Alabama, Amerika Syarikat, persekitaran luar sememangnya memberi risiko kepada kucing anda untuk terkena jangkitan penyakit.

Kucing yang sering merayau atau bermain di luar rumah berpotensi dijangkiti bakteria atau virus melalui sentuhan, air liur serta udara.

Antara jangkitan yang akan dialami oleh kucing tersebut adalah Toxoplasma Gondii iaitu sejenis parasit.

Lebih parah lagi, jangkitan tersebut boleh dipindahkan kepada pemilik kucing itu sendiri sehingga mengakibatkan kemurungan dan skizofrenia.

Selain itu, kucing yang sering berlegar di luar rumah juga mudah terdedah kepada cacing parasit yang boleh menjangkiti anak-anak anda di rumah sehingga mengakibatkan mereka demam, sakit perut dan sawan.

Dalam pada itu, para penyelidik menyarankan agar mengurangkan aktiviti kucing di luar rumah bagi mengelakkan jangkitan parasit sehingga menjejaskan kesihatan manusia dan hidupan lain.

Di Amerika Syarikat, dianggaran kira-kira 90 juta orang memelihara kucing sebagai haiwan kesayangan mereka.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...