Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Gara-gara lepaskan gian, sanggup 'heret' bayi sendiri ke sarang penagih

Recommended Posts

81555499563_hisapdadah.jpg
BAGAN SERAI: Sepasang suami isteri sanggup membawa bayi mereka yang baru berusia 18 bulan ke sebuah rumah yang dijadikan sarang penagih untuk melepaskan ketagihan mereka terhadap dadah.

Lebih malang lagi, bayi perempuan itu sedang menyusu badan ketika ibunya ditahan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kerian.

Ketua Operasi AADK Kerian, Shahrul Nizam Baharuddin berkata, pasangan suami isteri berusia 49 dan 33 tahun itu adalah antara 14 individu yang ditahan AADK dalam Ops Perdana yang dijalankan di Parit Haji Dollah, Selinsing bermula jam 6.30 pagi hingga 2 petang Rabu.

"Pasangan tersebut ditahan ketika sedang memasuki sarang penagihan yang merupakan rumah salah seorang penagih.

"Hasil soal siasat bapa kepada bayi berkenaan mendapati dia sudah terlibat dalam najis dadah sejak 10 tahun lalu manakala isterinya baru setahun," katanya ketika ditemui selepas operasi tersebut.

Menurut Shahrul Nizam, ibu bayi berkenaan menberitahu, bahawa dia terlibat dengan penagihan dadah selepas terpengaruh dengan suaminya yang hanya bekerja kampung.

Katanya, pasangan itu mempunyai empat orang anak dan tinggal bersama emak serta kakak wanita terbabit.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...