Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Inkues Adib: Eksperimen pakar hasilkan corak kecederaan mirip pada dada Adib

Recommended Posts

41555496487_adib.jpg
KUALA LUMPUR: Hasil uji kaji terhadap model patung berdasarkan teori kecederaan akibat hentaman pintu van EMRS yang ditendang menemukan corak kecederaan yang hampir sama dialami anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Perkara itu dimaklumkan oleh saksi pakar iaitu Bekas Pakar Forensik Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Dr Shahrom Abdul Wahid kepada Mahkamah Koroner pada Rabu selepas menunjukkan gambar hasil daripada uji kaji tersebut.

"Kita tolak sekuat hati model patung ke pintu EMRS dan menghasilkan corak yang berpadanan dengan dada mangsa yang terdapat luka sagat.

"Kita hentakkan pintu pada model patung dan pada masa sama model tersebut ditarik keluar jadi kita dapat corak sedemikian rupa kemudian kita padankan dengan kecederaan pada dada kanan mangsa," katanya pada inkues anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim di sini hari ini.

Justeru pihaknya berpendapat corak tersebut lebih mirip walaupun tidak sempurna yang terhasil akibat hentaman pintu van EMRS sekaligus menolak teori dikemukakan Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi yang mengatakan dada hadapan kanan mangsa cedera akibat terkena hentakan bahu jalan.

"Saya cari sepanjang bahu jalan kalau ada bonjol di bahu jalan saya tengok tak ada yang menonjol untuk jadikan luka sagat pada dada mangsa".

"Saya tengok bahu jalan dengan luka sagat pada dada mangsa memang tidak padan langsung", katanya kepada Mahkamah Koroner.

Sebelum ini Pakar Forensik HKL, Dr Ahmad Hafizam Hasmi berkata, mangsa telah dihentak pada daun pintu van EMRS mengakibatkan patah tujuh tulang rusuk pada bahagian belakang kiri mangsa sebelum jatuh terhentak pada bahu jalan.

BACA: Muhammad Adib mungkin ditarik keluar dari van EMRS, dihentak pintu - Saksi

GALERI FOTO: Muhammad Adib pergi jua...

Sesi prosiding pada Rabu di hadapan Koroner Rofiah Mohammad tamat sekitar jam 5 petang dan akan bersambung semula pada Jumaat.

Muhammad Adib yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, cedera parah dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu dan  menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lalu di Institut Jantung Negara.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...