Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Ekonomi : Dasar yang menggalakkan import perlu diubah - PM

Recommended Posts

CYBERJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata dasar-dasar kerajaan sedia ada yang dilihat cenderung menggalakkan import daripada eksport perlu diubah.

Ini, katanya, mungkin melibatkan perubahan dalam sistem cukai.


“KIta malah tidak berkhidmat kepada negara kita, jadi kita perlu ubah dasar kerajaan.

“Ia akan membabitkan penstrukturan semula cukai yang melibatkan industri tertentu,” katanya.

Beliau menjawab soalan sama ada kerajaan akan menimbangkan pengurangan cukai bagi industri rel pada sesi soal jawab pada program Technomart Rel 2019 di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata walaupun kerajaan boleh menukar dasar untuk mengurangkan cukai, ia tidak boleh memaksa rakyat untuk membeli produk tempatan.

“Anda boleh bawa kuda ke air tetapi anda tidak boleh paksanya minum air itu,” katanya.

Menjadikan kereta keluaran tempatan sebagai contoh, Dr Mahathir berkata rakyat Malaysia cenderung untuk memandang rendah pencapaian mereka sendiri, dan menzahirkan harapan agar rakyat Malaysia dapat mencontohi rakyat Jepun dalam membeli produk mereka sendiri.

“Jika anda memilih produk tempatan, lama kelamaan kualiti produk itu akan bertambah baik, tetapi jika anda tidak menggalakkan produk tempatan dan anda membeli produk import, tiada peluang untuk produk kita mencapai standard antarabangsa,” katanya.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...