Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Suspek kes tetak mentua ditahan di Melaka

Recommended Posts

51545580172_handcuff.jpg
PEKAN: Seorang lelaki yang dikehendaki berhubung kes menetak bekas ibu mentua dan adik ipar di Kampung Padang Buloh di sini pada Sabtu lepas, diberkas oleh polis Melaka awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan Supt Amran Sidek berkata suspek berusia 36 tahun itu ditangkap di Malim, Melaka.

"Tangkapan dibuat oleh anggota daripada Balai Polis Malim dan kita sedang menunggu suspek dibawa ke sini bagi tujuan reman dan siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Katanya polis percaya kejadian bermotifkan dendam dan kes akan disiasat menurut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, Amran berkata kedua-dua mangsa tetak tersebut dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, suspek dikatakan pergi ke rumah bekas mentuanya di Kampung Padang Buloh.

Pertengkaran berlaku di antara suspek dan adik iparnya sebelum dia bertindak mencederakan mangsa serta bekas ibu mentuanya dengan menggunakan sebilah pisau.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...