Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Sistem cukai negara mungkin akan diubah - Tun Mahathir

Recommended Posts

61555401373_tunm.jpg
CYBERJAYA: Sistem percukaian di negara ini berkemungkinan akan ditukar untuk memastikan peningkatan penggunaan produk tempatan.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan, sikap rakyat yang memandang rendah produk negara turut menjadi faktor isu berkenaan.

Jelasnya, beberapa polisi kerajaan masa ini juga lebih menggalakkan import berbanding eksport.

"Kita perlu mengubah dasar kerajaan dan ini akan melibatkan penambahan semula cukai bagi industri tertentu supaya lebih banyak produk akan dihasilkan di dalam negara.

"Bagaimanapun, ia boleh menjadi dasar kerajaan. Kita boleh mengurangkan cukai tetapi kita tidak boleh memaksa orang untuk membeli barang-barang tempatan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi soal jawab selepas Majlis Pembukaan Technomart Rel 2019, di sini, pada Selasa.

Dr Mahathir turut mahu rakyat negara ini mencontohi masyarakat Jepun yang mengutamakan produk sendiri.

Dalam perkembangan berasingan, Presiden Pertubuhan Industri Rel Malaysia (MARIC), Datuk Dr. Mohd. Yusoff Sulaiman  memohon kerajaan melibatkan syarikat tempatan dalam pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Jelasnya, syarikat tempatan mempunyai kelayakan selain standard pembinaan ECRL.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...