Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Serangan Christchurch adalah akibat kerosakan minda dan jiwa - Sultan Nazrin

Recommended Posts

61555401399_SULTANNAZRINSHAH.jpg
IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, peristiwa serangan pengganas di Masjid Al-Noor dan Pusat Islam Linwood, di Christchurch, New Zealand pada 15 Mac lalu perlu dijadikan pengajaran penting kepada rakyat negara ini.

Titah baginda, peristiwa itu membuktikan elemen kejutan boleh berlaku, pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Baginda bertitah, peristiwa tersebut turut membuktikan, terbina watak zalim yang melampau, akibat kerosakan minda dan kerosakan jiwa; minda dan jiwa yang berprasangka buruk, minda dan jiwa yang dipengaruhi prejudis yang membara, akibat salah faham dan salah persepsi melalui indoktrinasi yang menyuntik racun kebencian dan menyemai semangat permusuhan.

“Perbuatan menyuntik minda dengan racun kebencian dan menyemai jiwa dengan semangat permusuhan, amat membahayakan, apatah lagi apabila dilakukan atas nama kaum - atas nama agama.

“Perbuatan oleh mana-mana juga pihak mensensasikan isu kaum - isu agama, dikhuatiri akan menyalakan api persengketaan yang bakal membakar hangus sebuah keamanan, sebuah perpaduan, sebuah kerukunan, yang telah dibina oleh generasi terdahulu,” titah baginda sewaktu merasmikan pembukaan Penggal Kedua Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan di Ipoh pada Selasa.


Dalam serangan di Masjid Al-Noor dan Pusat Islam Linwood, Christchurch 15 Mac lalu telah mengorbankan 50 orang dan mencederakan 42 orang lagi.

Sultan Nazrin bertitah, ekoran daripada tragedi itu, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Kate Laurell Ardern wajar dijadikan teladan dalam kalangan pemimpin dunia.

Titah baginda, Jacinda Kate, mempamerkan jiwa besar melalui kenyataan dan tindak tanduknya, pasca peristiwa hitam, yang berlaku di Christchurch.

Baginda menzahirkan simpati dan mengucap takziah kepada keluarga mangsa, di samping mendoakan semoga mereka dilimpahkan ketabahan menghadapi dugaan yang amat berat itu.

Baginda kemudiannya meminta hadirin menghadiahkan Al-Fatihah dan bertafakur tanda menghormati roh mereka yang terkorban.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...