Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Politik : Parti memerintah lazimnya tidak terima banyak sokongan semasa PRK - Mahathir

Recommended Posts

CYBERJAYA, 16 April (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata kebanyakan parti memerintah tidak menerima banyak sokongan semasa pilihan raya kecil (PRK) kerana pemilihan itu tidak akan membawa pertukaran kerajaan.

Mengulas kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Dewan Undangan Negeri Rantau pada Sabtu, Dr Mahathir yang juga Pengerusi PH, berkata walau apapun keputusan PRK, kerajaan masih lagi diterajui oleh PH.

"Sama ada parti kerajaan (yang memerintah) menang atau tidak, kerajaan tetap kerajaan yang sama, " katanya kepada pemberita selepas berucap pada pameran Techomart Rail 2019, di sini.

Kerusi Rantau kekal milik Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, 63 pada pemilihan yang berlangsung 13 April lepas dalam pertembungan empat penjuru dengan PH diwakili oleh Dr S. Streram, 60.

Dua lagi pencabar ialah calon Bebas iaitu suri rumah R. Malarvizhi, 51, dan bekas pensyarah Mohd Nor Yassin, 67.

Mohamad yang merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan menyandang kerusi berkenaan sejak 2004.

Mengenai kenyataan Tun Daim Zainuddin berhubung kerajaan PH dijangka menunaikan janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum ke-14 dalam tempoh enam bulan, Dr Mahathir berkata kerajaan berdepan banyak masalah.

"Kita tidak ada wang. Wang telah dicuri. Itu masalah kita. Anda nak buat apa-apa… duit tak ada, " katanya

Daim yang juga Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan semalam dilaporkan berkata beliau menjangka rakyat kembali menyokong kerajaan apabila kerajaan menunaikan janjinya, terutama berhubung ekonomi.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...