Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Tiga lelaki cedera ditikam, dipukul gara-gara rebutkan seorang wanita

Recommended Posts

61555399462_GADUH.jpg
BALIK PULAU: Hanya kerana berebutkan seorang wanita, tiga lelaki mengalami kecederaan selepas terbabit dalam  pergaduhan, pada Isnin malam.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira jam 10 malam di bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan, tiga lelaki berusia 19 hingga 26 tahun itu cedera selepas terlibat dalam pergaduhan membabitkan 15 hingga 20 lelaki lain.

Katanya, akibat pergaduhan itu ketiga-tiga mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk luka di kepala dan lengan kiri.

Malah, kata beliau, salah seorang mangsa turut cedera akibat ditikam di bahagian kiri perut menggunakan senjata tajam.

"Berdasarkan siasatan awal pihak polis, dipercayai punca adalah disebabkan salah seorang mangsa telah merampas teman wanita kepada suspek hingga menyebabkan suspek tidak puas hati," katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Namun katanya, siasatan terperinci masih dijalankan.

“Buat masa ini, kita juga sedang memburu suspek-suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut,” jelas Anbalagan.

Katanya, kesemua mangsa yang cedera sedang mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP).

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya..

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...