Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Kurangkan aktiviti luar, jerebu diramalkan landa Miri

Recommended Posts

81555339348_tanahberasap.jpg
MIRI: Jabatan Bomba dan Penyelamat pada Isnin meminta orang awam untuk mengurangkan sebarang aktiviti luar berikutan ramalan jerebu akan melanda bandar raya Miri akibat kebakaran ladang serta tanah gambut seluas 70 hektar di Kuala Baram.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Miri Law Poh Kiong berkata, lokasi kebakaran ialah sebuah ladang kelapa sawit namun tugas untuk memadamkan kebakaran mengalami kesukaran kerana tiada sumber air dan tiada laluan untuk memadamkan api.

"Proses pemadaman api akan dijalankan pukul 3 petang esok (Selasa) menggunakan helikopter bomba menerusi kaedah pengeboman air untuk mengawal serta memadamkan kebakaran," katanya.

Law berkata, setakat ini punca kebakaran di lokasi tersebut dipercayai kerana pembakaran terbuka.

"Orang awam dinasihatkan kurangkan aktiviti luar, banyak minum air, sentiasa berada di dalam rumah dan jika keluar rumah diminta memakai topeng muka," katanya lagi.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...