Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

"Mak Cik Puaka orang industri!" - Fizz Fairuz tunggu permohonan maaf

Recommended Posts

61555322418_fizz-makcik-header.jpg
PELAKON Datuk Fizz Fairuz, 39, mendedahkan telah mengenalpasti 70 peratus daripada identiti sebenar di sebalik pemilik Instagram @makcikpuaka.

Malah, pihaknya memberikan tempoh sehingga tengah malam ini kepada individu terbabit bertemu dengannya untuk membuat permohonan maaf.

"Sudah 70 peratus identiti sebenar pemilik Instagram @makcikpuaka saya sudah tahu hasil daripada bantuan pihak-pihak tertentu.

"Apa yang boleh saya katakan, dia merupakan orang industri kita sendiri tetapi tidak mahu mendedahkan identitinya secara terperinci kerana mengikut nasihat peguam.

"Kalau boleh saya tidak mahu membuka aib sesiapa jadi saya berikan dia peluang untuk bertemu dengan saya sehingga malam ini untuk permohonan maaf.

"Jika tidak, saya enggan bertolak ansur lagi dan akan membuat laporan polis esok," tegas Fizz ketika ditemui pada majlis pelancaran Star Vendors Mega Raya Fest 2019 di PWTC hari ini.

BACA: Fitnah ditangkap khalwat: Fizz Fairuz bakal saman

Sebelum ini, pemilik Instagram itu cuba memfitnahnya dengan mendakwa Fizz adalah lelaki yang dikatakan bergelar Datuk Seri yang ditangkap khalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian, baru-baru ini.

Pada 7 April lalu, Fizz memberikan amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang terbabit dengan isu fitnah itu.

Fizz dalam pada itu enggan menerima permohonan maaf bertulis daripada pemilik Instagram itu.

"Memang akaun tersebut ada membuat permohonan maaf menerusi Insta Story minggu lalu tetapi saya sudah nyatakan bahawa saya mahukan secara lisan atau bertemu secara empat mata.

“Tidak kisah kalau dia buat secara peribadi tapi saya mahu dengar sendiri dia minta maaf. Dia boleh telefon atau datang jumpa saya," tambahnya yang turut ditemani isteri, Datin Almy Nadia dan tiga anaknya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...