Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Kemunculan BTS di 'Saturday Night Live' lahirkan berduyun Army baharu

Recommended Posts

81555320715_BTS.jpg
KUMPULAN BTS, sekali lagi mencipta rekod dalam sejarah industri muzik K-pop selepas menjadi artis Korea pertama untuk muncul dengan persembahan di satu program popular ‘Saturday Night Live’ (SNL), di New York, Amerika Syarikat pada Sabtu lalu.

Tujuh jejaka tampan BTS itu telah memulakan persembahan dengan lagu baharu popular mereka ‘Boy With Luv’ yang kini sudah mendapat seramai 127 juta tontonan di YouTube dan diikuti dengan lagu ‘Mic Drop’.


Kumpulan ikonik K-pop itu bukan sahaja telah memukau barisan peminat setia yang dikenali sebagai BTS Army, malah penonton yang tidak pernah tahu kewujudannya turut terpukau dengan persembahan mereka. Berita baik, apabila jumlah pengikut kumpulan itu turut naik mendadak.
Memang tidak dapat dinafikan peminat BTS di New York juga tidak kurang hebatnya selepas dilihatkan telah berkhemah di depan lokasi penggambaran studio itu dalam barisan yang panjang.

Para peminat tegar turut dikejutkan dengan satu penghantaran pizza yang dibuat dan mereka mengandaikan BTS yang telah menghantar mereka pizza tersebut.

Terdapat nota yang tertera pada resit, “There is a line of people across the street camping for SNL at NBC. Please give the pizzas to any of the people there tell them it’s for the NYC ARMY. Thank you!”

Walaupun tidak jelas siapa yang membuat pesanan pizza itu untuk mereka, mereka menganggap nota yang tertera pada resit itu telah ditulis oleh BTS sendiri.

Meskipun rakyat di Amerika Syarikat kurang memberi sambutan kepada muzik yang bukan berbahasa Inggeris, namun ianya berubah dengan sekelip mata selepas melihat aksi persembahan kumpulan BTS itu.

Kemasyhuran BTS telah menaik secara mendadak berbanding pada tahun lalu. Jelas sekali kehadiran kumpulan tersohor Korea ini berjaya "ditemui" oleh masyarakat Barat selepas kemenangan mereka di Anugerah Muzik Billboard 2017.

BACA: Tony Fernandes bakal merealisasikan impian BTS Army!

Baru-baru ini, album baharu ‘Map of the Soul: Persona’ telah mendapat sebanyak 3 juta pratempahan dan ianya bukan suatu yang mengejutkan kerana BTS memang terbukti sebagai ikon industri muzik di Korea Selatan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...