Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Berang hubungan sulit terbongkar, lelaki bertindak bakar rumah suami kekasih

Recommended Posts

51555321040_bakar.jpg
SUNGAI PETANI: Akibat tidak berpuas hati hubungan sulitnya bersama isteri orang terbongkar, seorang lelaki naik berang lalu bertindak membakar rumah suami kekasihnya itu.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 5.50 pagi Isnin di Taman Desa Aman Sungai Lalang, Sungai Petani.

Suspek dikatakan tidak berpuas hati dan cuba menutup tembelang hubungannya bersama isteri mangsa yang dipercayai telah diketahui keluarga mangsa.

Mangsa, yang takut dengan ugutan suspek, telah mengarahkan isteri dan anak-anaknya pulang ke kampung di Baling, Kedah.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner, Adzli Abu Shah, memaklumkan suspek dan isteri mangsa mempunyai hubungan intim kerana kedua-dua mereka sering bertemu untuk mengambil dadah bersama.

Hasil siasatan Jabatan Forensik Polis, menjumpai satu besi pengumpil pintu ditemui di dalam rumah tersebut.

Turut ditemui ialah satu penutup botol berbau petrol.

Menurut Adzli, siasatan lanjut akan terus dijalankan oleh pihak forensik bomba bagi mencari punca kebakaran.

Suspek ditahan pada kira-kira jam 10 pagi di kediamannya, dan hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (khianat dengan api), Seksyen 427 Kanun Keseksaan (melakukan khianat) dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan (ugutan jenayah).

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...