Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Conor McGregor beri bayangan ingin beraksi di WWE pula?

Recommended Posts

71513477501_Mcgregor.jpg
SELEPAS kemenangan Becky Lynch di Raw dan SmackDown pada aksi WrestleMania 35, bintang UFC, Conor McGregor kini beri bayangan ingin cuba beraksi di WWE pula.

Menerusi ciapan di Twitternya minggu lalu, petinju dari Ireland itu mengucapkan tahniah kepada Lynch kerana menjuarai kedua-dua jenama WWE tersebut.

"Tahniah kepada Becky Lynch dari Ireland, juara berganda pertama WWE. Wow!

"Perlawanan yang hebat oleh kedua-dua wanita! Ronda Rousey sangat bagus dalam gelanggang, begitu juga Charlotte Flair dari dinasti Flair!

"Stephanie McMahon, betul kata kamu, saya tidak dapat melakukan apa yang dilakukan atlet ini. Atau, saya boleh..." katanya.

McGregor, 30 tahun, pada 27 Mac lalu membuat kejutan dengan mengumumkan persaraannya dari sukan seni bela diri campuran (MMA) menerusi satu kenyataan ringkas di Twitter.

BACA: Conor McGregor buat kejutan, umum bersara dari MMA

Bagaimanapun, seminggu selepas pengumuman itu, dia memberi bayangan ingin kembali ke gelanggang Octagon atas alasan "masih belum selesai bertarung".

Ini bukanlah pertama kali McGregor membuat 'pengumuman' sedemikian kerana pada tahun 2016 lalu, dia pernah memuatnaik satu tweet yang mengatakan dia akan bersara muda.

McGregor merupakan petarung pertama UFC yang memegang dua gelaran dunia serentak selepas menewaskan Eddie Alvarez di Manhattan, New York pada 2016.

Kali terakhir dia bertarung ialah dengan jaguh Rusia, Khabib Nurmagomedov pada Oktober 2018, di mana dia tewas menerusi 'submission' pada minit 3.03 pusingan keempat.

Susulan kekecohan yang berlaku selepas perlawanan di UFC 229, McGregor dan Khabib kini telah didenda dan digantung pertarungan oleh Suruhanjaya Atlet Negeri Nevada (NSAC).

McGregor didenda sebanyak AS$50,000 (RM205,355) dan digantung enam bulan, manakala Khabib pula didenda AS$500,000 (RM2,053,953) dan digantung selama sembilan bulan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...