Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Maszlee perjelas sebab terlepas sidang Parlimen pinda Perlembagaan

Recommended Posts

81549412817_MaszleeMalik.jpg
NILAI: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik menjelaskan beliau bukan sengaja untuk tidak menghadirkan diri sewaktu sidang Parlimen bagi meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak, baru-baru ini.

Malah katanya, ketika sidang Parlimen untuk pindaan perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) itu, beliau perlu mewakili Kerajaan ke Mesyuarat Lembaga Eksekutif UNESCO ke-206 di Paris, atas arahan Kabinet.

“Itu disebabkan oleh kerana saya telah menghadiri sidang UNESCO ke 206 mewakili kerajaan Malaysia dengan arahan Kabinet dimana pergi ke sana, ia tidak mendapat liputan, saya tidak bawa wartawan dan mendapat liputan yang besar.

“Saya pergi sendiri dan kita telah mewakili Kerajaan untuk menyampaikan beberapa pendirian Malaysia kepada UNESCO, selepas pulang UNESCO saya menerima jemputan dari Putera Mahkota Ajman dari UAE dalam rangka kita untuk menghantar mendapatkan biasiswa bagi para pelajar Malaysia belajar di Gulf Medical University.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Intervensi Murid Sekolah Tahfiz Swasta di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Cempaka, di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Ahli Parlimen Simpang Renggam itu antara empat Ahli Parlimen yang tidak menghadiri proses pengundian sewaktu meminda Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak.

Perkara itu menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan kekurangan empat undi bagi mendapat sokongan majoriti 148 undi dalam usaha meminda Perlembagaan Persekutuan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...