Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
SIFU SEO MALAYSIA

Kafa lunaskan tunggakan gaji Gonzales melalui geran FAM

Recommended Posts

41555320973_AlfredoCarlosGonza.jpg
KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) memutuskan untuk melunaskan tunggakan gaji bekas pengarah teknikal pasukan, Alfredo Carlos Gonzales menerusi potongan geran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Presiden Kafa Bibi Ramjani Ilias Khan berkata langkah itu diambil bagi memastikan tunggakan tersebut dibayar sebelum tamat tarikh yang ditetapkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kafa tidak mahu berdepan tindakan dipotong mata seterusnya selain sekatan pembelian pemain import sekiranya tuntutan berjumlah RM235,686 tidak dibayar sebelum tarikh itu, katanya kepada Bernama, di sini pada Isnin.

Sebelum ini, pasukan Kelantan yang bersaing dalam Liga Premier dipotong tiga mata selepas gagal menjelaskan tuntutan Gonzales mengikut tempoh yang ditetapkan oleh FIFA.

Pada masa sama, Bibi Ramjani berkata masalah itu berpunca daripada My Inspiration Sdn Bhd yang menarik diri daripada kerjasama dengan Kafa menerusi penubuhan syarikat Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd.

"Sebelum ini mereka buat kenyataan untuk bayar tunggakan gaji Alfredo dan pergi berjumpa dengan FAM tangguh sebulan pembayaran itu, dan dibenarkan penangguhan itu.

"Jadi apabila mereka tangguh, mereka mempunyai komitmen untuk bayar namun sebaliknya mereka membuat keputusan menarik diri sebelum tarikh pembayaran yang tetapkan FIFA tamat.

"Mereka tidak beritahu kepada kami mereka tidak mahu bayar... mereka mengambil keputusan tarik diri dan hanya beri harapan untuk bayar sehinggakan kami kesuntukan masa dan tidak bersedia untuk berdepan kes ini bagi mendapat sumber kewangan sehingga pasukan dipotong mata," katanya.

Mengulas perkembangan berkaitan, Bibi Ramjani berkata pihaknya terpaksa menamatkan kontrak pengarah teknikal semasa Jorg Steinerbrunner pada Ahad dalam usaha persatuan mengurangkan kos.

"Kami juga sedang berbincang dengan pemain import iaitu Flavio Beck Junior berhubung kedudukan beliau bersama pasukan bagi menghadapi saingan liga," katanya.

Sementara itu, beliau berkata Kafa telah melantik semula Yusri Che Lah mengendalikan Red Warriors berkuat kuasa semalam bagi menggantikan ketua jurulatih Marko Kraljevic yang meletak jawatan minggu lepas.

"Kami melihat beliau sudah sebati dengan bola sepak Kelantan kerana musim lalu pernah bersama Kelantan sebelum berhijrah ke pasukan Kuala Lumpur sebelum meletak jawatan.

"Begitu juga kedudukan Cassio de Jesus yang mengalami kecederaan, bergantung kepada Yusri sama ada berminat untuk menggunakan khidmat pemain itu atau tidak," katanya.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Join the conversation

You can post now and register later. If you have an account, sign in now to post with your account.

Guest
Reply to this topic...

×   Pasted as rich text.   Paste as plain text instead

  Only 75 emoji are allowed.

×   Your link has been automatically embedded.   Display as a link instead

×   Your previous content has been restored.   Clear editor

×   You cannot paste images directly. Upload or insert images from URL.

Sign in to follow this  

×
×
  • Create New...