Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Penalti James Milner selamatkan maruah the Reds

Recommended Posts

81552840181_EPLLiverpool.jpg
LIVERPOOL kembali ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan Fulham 2-1 di Craven Cottage pada Ahad.

James Milner menjaringkan gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-81, selepas bekas pemain Liverpool, Ryan Babel menjaringkan gol penyamaan, tujuh minit sebelum jaringan Milner.

Sebelum itu, Sadio Mane meletakkan Liverpool di depan pada minit ke-26 menerusi satu gerakan cantik bersama Roberto Firmino.

Ia merupakan gol ke-11 Mane daripada 11 perlawanan.

Namun kekeliruan antara pertahanan tengah the Reds, Virgil van Dijk dengan penjaga golnya, Alisson Becker membolehkan Babel menghadiahkan gol penyamaan buat skuad tuan rumah pada minit ke-74.

Enam minit kemudian, Liverpool mendapat penalti selepas Mane dijatuhkan penjaga gol Fulham, Sergio Rico.

Sergio menjatuhkan pemain antarabangsa Senegal itu selepas gagal mendakap kemas bola sepakan melencong Mohamed Salah.

Milner tidak mempunyai masalah untuk menewaskan Sergio untuk memastikan the Reds membawa pulang tiga mata penuh.

Salah mempunyai peluang menamatkan perjuangan Fulham namun rembatannya pada minit ke-87 mudah diselamatkan Sergio.

Kemenangan membolehkan Liverpool menduduki puncak liga dengan 76 mata, dua mata di hadapan Manchester City yang beraksi kurang satu perlawanan.

EPL akan bersambung semula pada 30 Mac bagi memberi laluan kepada perlawanan persahabatan antarabangsa.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×