Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Tragedi Solat Jumaat: 'Saya maafkan pembunuh isteri saya' - Farid Ahmed

Recommended Posts

81552831560_Newshub.jpg
DENGAN nada yang tenang, Farid Ahmed, suami kepada Husna, memaafkan pengganas yang membunuh ramai umat Islam di Masjid Al Noor termasuk isterinya.

Husna terkorban ketika sibuk membantu wanita dan kanak-kanak menyelamatkan diri dari serangan pengganas di Christchurch, New Zealand itu.

Dalam temubual bersama media Newshub, Farid menegaskan dia tidak membenci penyerang tersebut, sebaliknya menyayanginya.

“Saya rasa dia (penyerang) melalui trauma dalam hidupnya, mungkin tidak ada kasih sayang, saya langsung tidak membencinya,” kata Farid sambil berkata isterinya juga sudah pasti mahu memaafkan pengganas itu.

Husna antara 50 yang terkorban dalam serangan ke atas dua masjid di New Zealand ketika solat Jumaat, berada dalam dewan wanita dan kanak-kanak.

Ketika serangan berlaku, Husna sibuk memastikan wanita dan kanak-kanak berjaya dikeluarkan dengan selamat dari masjid.

Selepas semua sudah diselamatkan, Husna kembali ke masjid untuk memeriksa keadaan Farid kerana dia menggunakan kerusi roda namun ditembak selepas menghampiri pagar.

“Saya tidak dapat larikan diri, jadi saya sudah bersedia untuk mati. Sebab itu saya rasa tiada sebab untuk saya panik, lebih baik saya tenang dan bersedia,” kata Farid.

“Dia sangat berani, dia berkorban untuk selamatkan orang lain.”

Mesej terakhir Farid kepada semua adalah, jika seseorang melakukan perkara buruk kepada kamu, berbuat baik kepada mereka sebagai balasan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×