Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Bencana Kim Kim: Tiga beradik di Terengganu alami simptom demam, muntah

Recommended Posts

61552834449_AzwanCheBaharudin.jpg
KUALA TERENGGANU: Tiga beradik antara enam mangsa yang terpaksa bermalam di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selepas mengalami simptom demam dan muntah dipercayai akibat pencemaran pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Nur Anis Najihah, 10 tahun; Muhammad Ikwan Danial, 7; dan Muhammad Darwisy Najmi, 4, dimasukkan ke HSNZ bermula awal pagi Ahad selepas mengalami simptom muntah-muntah serta demam.

Bapa mereka, Azwan Che Baharuddin berkata dia mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halamannya berikutan keadaan di lokasi agak kelam kabut serta membimbangkan selain memikirkan jarak lokasi terjejas dengan rumahnya hanyalah 200 meter.

Menurut Azwan, mereka mula  pulang ke ke Setiu pada Jumaat lalu namun seorang daripada anaknya sudah mula menunjukkan menunjukkan simptom sejak berada di rumah mereka di Taman Cermai, Kota Masai.

“Anak masuk kat wad ni sejak daripada semalam jam 2 pagi, yang Ikwan ni dari Setiu dipindah ke Terengganu.

“Hari ni pukul satu dia punya kakak ngan adik… keadaan lemah sikit sebab dia demam jadi saya ambil keputusan hantar dia ke sini. Mungkin kita jangka benda tu akan berlaku jadi saya tak panik sangat,” kataya.

Sementara itu Nor Azlami Awang pula berkata kedua anaknya yang berusia lima dan enam tahun mula menerima rawatan pada pagi Ahad selepas mengalami batuk dan demam.

“Tak tahu kena bila, cuma yang kita tahu dia demam dengan batuk jadi kita bawa ke klinik,” katanya lagi.

Di Terengganu seramai 29 mangsa menerima rawatan di HSNZ selepas mengalami demam dan muntah selepas masing-masing mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman berikutan pencemaran di Sungai Kim Kim sejak Khamis lalu.

Sehingga kini enam kanak-kanak berusia empat hingga sepuluh tahun masih menerima rawatan manakala selebih sudah dibenarkan pulang secara berperingkat peringkat sejak Sabtu.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×