Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Tindakan keganasan di Christchurch luar batas kemanusiaan - Dr Mahathir

Recommended Posts

41552727994_NZtembak.jpg
SEREMBAN: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan kejam pembunuhan umat Islam di Christchurch, New Zealand dua hari lepas sebagai tindakan di luar batas kemanusiaan.

Menyifatkan tragedi berkenaan sebagai peristiwa sedih yang mengguris hati umat Islam, beliau berkata dalam keadaan begini, tindakan yang paling buruk daripada yang dilakukan oleh pengganas itu ialah umat Islam melakukan balas dendam.

"Perlu kita tanya diri kita apabila kita membalas perbuatan itu, sudah pasti kita tidak akan dapat melakukan kepada pembunuh-pembunuh tersebut kerana mereka telah ditangkap dan menghadapi tindakan undang-undang.

"Kemungkinan besar apa yang akan berlaku, kita akan membalas terhadap orang yang sama agamanya, bangsanya, asal usulnya dan lain-lain aspek yang boleh kita kait dengan pengganas," katanya pada perasmian Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2019 di sini, malam ini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa, Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun, serta barisan Exco kerajaan negeri.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×