Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Tragedi solat Jumaat Christchurch: 'Bacul!' - Samseng pun kutuk Brenton Tarrant

Recommended Posts

71552833314_MongrelMob.jpg
CHRISTCHURCH: Geng bermotosikal paling berbahaya di New Zealand, Mongrel Mob mengecam tindakan pengganas kulit putih, Brenton Tarrant yang menyasarkan jemaah masjid di Christchurch pada Jumaat lalu.

Kumpulan samseng itu turut berkumpul di Sekolah Tinggi Hagley semalam untuk memberi bunga dan menawarkan sokongan kepada keluarga yang terjejas dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai itu.

Seorang ahli kumpulan itu, Tanieli Fatu berkata tindakan Tarrant adalah paling bacul dan tidak menghormati rumah ibadat.

Katanya, apa yang dilakukan Tarrant tidak boleh diterima sama sekali dan jenayah dilakukan warga Australia itu amat kejam dan tidak berperikemanusiaan.

"Komuniti Islam yang sudah dianggap sebahagian daripada kami, tidak layak diperlakukan sedemikian.

"Serangan ganas kelmarin tidak mendatangkan apa-apa manfaat, tidak perlu melakukannya.

Difahamkan, Tarrant berkemungkinan ditahan dalam sel berasingan dengan kawalan keselamatan ketat, tiada bantuan lain boleh mendekatinya dengan mudah.

Namun, sudah ada mata yang memerhatikannya di penjara, kata salah seorang ahli geng tersebut. - Dailystar

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×