Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Dua sahabat lemas ketika mandi di Air Terjun Bukit Raja

Recommended Posts

51552828435_AirTerjunBukitRaj.jpg
LARUT: Dua sahabat lemas ketika mandi di kawasan Air Terjun Bukit Raja, Kampung Perak, Batu Kurau pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat, kedua-dua mangsa Mohammad Furqan Mohamad Yahaya, 20, dari Kampung Perak dan Mohd Zaid Aqwah Putra, 20, dari Kampung Sungai Ara dijumpai dalam lubuk sungai berkenaan.

"Kira-kira jam 1 petang empat orang lelaki dalam lingkungan umur 20 tahun mandi di kawasan tersebut yang mana salah seorang dipercayai hampir lemas.

"Salah seorang kawan cuba membantu tapi kedua-duanya lemas. Pihak polis sampai di tempat kejadian 15 minit kemudian dan mendapati kedua-dua mangsa telah dijumpai hasil bantuan orang kampung.

"Tempat kejadian berupa lubuk sungai kawasan berbukit, kedalaman tempat kejadian kira-kira 12 kaki," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya lagi, kedua-dua mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian akibat lemas dan mayat mangsa telah dituntut oleh waris masing-masing.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×