Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Bencana Kim Kim: Tiada tangkapan pelaku pembuangan sisa toksik

Recommended Posts

71552622344_MohamadFuziHarun.jpg
KUALA LUMPUR: Polis masih belum membuat sebarang tangkapan ke atas mana-mana suspek berhubung pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, bagaimanapun, pihaknya telah menerima sebanyak 51 laporan polis setakat ini.

“Tak ada tangkapan. Yang saya lapor hanya kertas siasatan dah dibuka, 51 laporan polis telah dibuat.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini tiada tangkapan yang dimaklumkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd,” katanya dalam sidang media pada Jumaat di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini.

Pencemaran sisa bahan kimia di Pasir Gudang telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah di daerah itu diarah ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, pada 7 Mac.

“Pada waktu ini, terdapat sekitar 150 anggota polis yang ditempatkan di lokasi berkenaan untuk mengawal keselamatan.

“Ada tiga platun. Setiap satu mempunyai 40 anggota. Jumlah itu ditambah dengan anggota Unit Peronda Polis (MPV) dan petugas am yang turut membuat sekatan jalan raya,” katanya lagi.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×