Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Bencana Kim Kim: Kawasan tercemar sisa kimia dibersihkan

Recommended Posts

PASIR GUDANG: Selepas lebih seminggu bencana Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor menggemparkan negara, pihak berkuasa sedang berusaha untuk membersihkan pencemaran sisa bahan kimia yang telah menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam dan menyebabkan 111 sekolah ditutup.

Tinjauan Astro Awani di sekitar Kampung Bukit Pulai yang terletak 500 meter dari lokasi utama pencemaran Sungai Kim Kim mendapati kerja kerja pembersihan masih dijalankan.

Kerja pembersihan sejak malam tadi membawa kepada longgokan tanah dipercayai terkandung bahan kimia yang dikorek diletakkan ke dalam guni putih sebelum dilupuskan.

KERJA-KERJA pembersihan di kawasan yang tercemar dengan sisa  bahan kimia kini sedang giat dijalankan. - Gambar Astro AWANI

Menurut sumber, kerja-kerja pembersihan dimulakan dengan mengenal pasti tompok bahan kimia sebelum mengorek kawasan tercemar menggunakan Jentolak.

“Kita kesan dahulu kawasan tercemar dan korek kiri dan kanan serta mendapan dalam sungai kim kim. Kemudian kita akan hantar untuk dilupuskan,” kata sumber.

Sementara itu, penduduk Kampung Bukit Pulai, Zainal Abidin Osman, 55, yang tinggal berhampiran sungai terbabit berkata, pemantauan sejak malam tadi mendapati kerja kerja pembersihan bahan kimia memuaskan hati penduduk.

“Saya bersyukur kerana pembersihan ini dah dibuat. Tapi saya harapkan kerajaan terus pastikan sungai ini bersih daripada bahan tercemar itu,” jelasnya.

Dalam masa sama, Zainal Abidin berkata, terdapat segelintir penduduk kampung telah berpindah sementara selain mengurangkan aktiviti di luar.

Bagi Mohd Raffee Abdullah, 45, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Bertindak Penduduk Pencemaran Alam Sekitar (BBPIPA), tindakan proaktif pihak berwajib pembersihan  disambut baik.

Di samping itu juga, BBPIPA berharap pihak kerajaan dapat berhubung dengan penduduk dalam memberi penjelasan terkini tahap pencemaran di sekitar kawasan kediaman mereka.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan atas tindakan ini. Di samping itu kami harap kerajaan boleh buat “Townhall” bersama penduduk dan beri maklumat terkini berkenaan pencemaran ini supaya kami tahu apa yang harus lakukan,” ujar beliau lagi.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian dalam sidang media menjelaskan bahawa kerja-kerja pembersihan kawasan tercemar di sepanjang Sungai Kim Kim dilakukan oleh tiga kontraktor yang dilantik oleh kerajaan.

Kerja-kerja pembersihan itu, jelas Osman, menelan kos perbelanjaan sebanyak RM6.4 juta.


BACA: Bencana Kim Kim: Senarai bahan kimia berbahaya di Sungai Kim Kim

BACA; Kronologi terkini pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×