Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Insiden tembakan di masjid di New Zealand, ramai terkorban

Recommended Posts

61552618377_Mosque.jpg
CHRISTCHURCH: Satu insiden tembakan berlaku di sebuah masjid di bandar raya ini pada Jumaat, mengakibatkan ramai mangsa yang terbunuh.

Pihak polis masih belum menjelaskan sebesar mana kejadian itu tetapi menasihatkan orang ramai di tengah Christchurch supaya tidak keluar rumah.

Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu.

Sejurus itu, orang ramai dilihat bertemparan lari keluar dari masjid dalam keadaan ketakutan.

Len Peneha, yang tinggal berjiran dengan masjid itu sejak lima tahun lalu berkata, lelaki bersenjata itu kemudiannya dilihat keluar dari masjid dan menjatuhkan senjatanya di hadapan rumahnya sebelum berlalu pergi.

Peneha kemudiannya turut pergi ke masjid itu untuk menghulurkan bantuan.

"Saya lihat mayat di sana sini. Ada tiga di satu lorong, di pintu masuk masjid, dan di dalam masjid. Semacam tidak percaya ini boleh berlaku.

"Saya tak faham bagaimana orang boleh melakukan sebegini kepada orang lain. ia tidak masuk akal," katanya.

Terbaru, satu lagi kejadian tembakan dilaporkan berlaku di sebuah lagi masjid di bandar raya itu kira-kira pukul 3.45 petang waktu tempatan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×