Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Bencana Kim Kim: Kenapa tidak isytihar darurat bencana? - Musa Hassan

Recommended Posts

81522714601_MusaHassan.jpg
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengumumkan pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang memandangkan jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan kini hampir mencecah 3,000 orang.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, situasi di lokasi itu sudah semakin serius namun beliau hairan mengapa tiada pengisytiharan darurat bencana dibuat.

"Pengisytiharan darurat bencana berbeza dengan darurat kerana menggugat keselamatan. Bila berlaku bencana berskala besar, darurat diisytiharkan agar agensi-agensi penyelamat boleh menguruskan sumber tenaga untuk memberi respon, mengurangkan dan memulihkan keadaan serta membantu mangsa-mangsa bencana.

"Ia bertujuan untuk mengurangkan dan menghapuskan kesan agar dapat mencegah bahaya yang melanda di kawasan-kawasan yang terkena bencana tersebut.

"Dengan perancangan yang teratur, ia akan dapat memulihkan semula kepada keadaan biasa dengan secepat mungkin," katanya dalam ciapan terbaru di laman Twitternya.


Pada Khamis, Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan, tidak perlu ke tahap mengisytiharkan Pasir Gudang sebagai darurat kerana keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa tahu bagaimana hendak menghadapi situasi itu.

Dalam satu sidang media khas di Hospital Sultan Ibrahim, Perdana Menteri berkata, sungguhpun perkara itu tidak pernah berlaku, tetapi dengan kepakaran pihak berkuasa termasuk pakar perubatan, masyarakat tidak perlu panik.

Menurut Dr Mahathir, sungguh pun perkara itu agak membimbangkan, tetapi beliau mempunyai keyakinan terhadap kebolehan doktor di sini dan beliau mengharapkan agar rakyat, terutamanya masyarakat di Pasir Gudang mempunyai keyakinan yang sama.

BACA: Jangan panik, tak perlu sampai darurat - Tun Mahathir

BACA: Kronologi terkini pencemaran kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang

Sebelum itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang daripada Pakatan Harapan (PH), Hassan Karim menggesa kerajaan mengisytiharkan darurat di kawasannya susulan pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim sejak minggu lalu.

Dalam masa sama, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan turut mencadangkan kerajaan mengisytiharkan darurat bencana toksik di sekitar Sungai Kim Kim.

Katanya, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pernah mengisytiharkan darurat bencana jerebu di daerah Ledang dan Muar, Johor pada 23 Jun 2013 selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, iaitu tahap kecemasan.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata,
usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang ditolak Kerajaan kerana perkara itu tidak mengikut ketetapan arahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelasnya, mengikut Arahan 20 Akta MKN, sesebuah kerajaan negeri perlu mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan jika berkehendaki sesuatu kawasan itu diisytiharkan darurat.

Pada malam Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal berkata, jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 2,775 orang.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×