Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

Recommended Posts

81511170344_ringgit.jpg
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan penurunan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini apabila dolar AS mengukuh susulan ura-ura penangguhan sidang kemuncak Amerika Syarikat (AS)-China.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.0900/0940 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0890/0940 semalam.

Dilaporkan bahawa pertemuan antara Presiden AS Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping untuk menyelesaikan kemelut perang perdagangan yang masih berlarutan, yang sepatutnya diadakan bulan ini, ditangguhkan ke April, paling awal yang mungkin.

"Perkembangan luaran menguasai sentimen dalam pasaran tempatan meskipun berita baik di dalam negara.

"Perjanjian perdagangan antara AS dan China dijangka ditangguhkan sehingga April, menyebabkan ketidakpastian dalam kalangan pelabur dan mendorong mereka mendapatkan dolar AS sebagai aset selamat," katanya kepada Bernama.

Mengenai perkembangan luaran lain, penggubal undang-undang Britain mengundi untuk menangguhkan rancangan negara itu untuk keluar daripada Kesatuan Eropah.

Sementara itu, pengeluaran perindustrian Malaysia berkembang lebih pantas daripada yang dijangkakan pada Januari 2018, meningkat 3.2 peratus tahun ke tahun susulan peningkatan indeks elektrik dan pembuatan masing-masing pada 7.8 peratus dan 4.2 peratus.

Bagaimanapun, indeks perlombongan mencatatkan penurunan 0.9 peratus disebabkan oleh kejatuhan indeks minyak mentah.

Jualan pembuatan pada Januari meningkat tujuh peratus tahun ke tahun kepada RM72.5 bilion atas sokongan peningkatan produk petroleum, kimia, getah dan plastik, peralatan pengangkutan dan produk perkilangan lain serta produk elektrik dan elektronik.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 3.6564/6609 daripada 3.6594/6648 pada Khamis, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4160/4217 daripada 5.4200/4274 dan menokok berbanding euro kepada 4.6229/6295 daripada 4.6259/6320.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0167/0198 daripada 3.0162/0201 semalam.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×