Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Peka mahu undang-undang alam sekitar lebih tegas

Recommended Posts

51546686303_SRISHARIFFA.jpg
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka) Malaysia menggesa kerajaan mengenakan penaliti lebih berat ke atas mereka yang didapati bersalah melakukan jenayah alam sekitar.

Ia termasuk meningkatkan tempoh hukuman penjara dan denda dalam undang-undang sedia ada berkaitan alam sekitar, kata Presiden Peka Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil.

"Penaliti lima tahun penjara dan denda RM500,000 (misalnya) tidak akan menghalang pencemar. Kerajaan patut mempertimbang hukuman penjara 20 tahun dan denda sekurang-kurangnya RM1 juta," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor yang dilapor menyebabkan lebih 2,000 orang dirawat di hospital, sambil 111 sekolah ditutup.

Shariffa Sabrina berkata bagi mengelak perkara sama berulang, langkah pencegahan mesti dilaksana di seluruh negara.

"Meter ujian gas dan pencemaran seharusnya dipasang di semua kawasan perindustrian utama," tambahnya.

Beliau turut menyarankan setiap syarikat kimia diwajibkan mendaftar dengan Jabatan Alam Sekitar bagi memudahkan proses pemantauan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×