Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Insiden pencemaran bahan kimia berpunca perancangan lemah - Anwar

Recommended Posts

51551270878_AnwarIbrahim.jpg
PORT DICKSON: Perancangan yang lemah menjadi antara faktor berlakunya insiden pencemaran sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor baru-baru ini.

Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata insiden yang sedang berlaku ketika ini merupakan satu peringatan bahawa isu keselamatan dan isu pembuangan sisa toksik tidak boleh dipandang ringan.

"Ini satu malapetaka yang besar dan sangat serius. Ia bukan bencana semulajadi tetapi terjadi kerana perancangan yang lemah. Dalam usaha menarik pelabur kita tidak boleh ketepikan isu ini. Keselamatan rakyat dan anak-anak harus diberi keutamaan," katanya ketika ditemui selepas majlis Hi-Tea bersama polis Ibu Pejabat Polis Daearah Port Dickson, pada Khamis.

Anwar berkata demikian sebagai mengulas mengenai pencemaran sisa bahan kimia dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, baru-baru ini.

Jumlah mangsa terjejas insiden pembuangan sisa kimia, Sungai Kim Kim, Pasir Gudang yang ditempatkan di Medic Base, sejak 11 Mac hingga 12 tengahari tadi, merekodkan jumlah seramai 1,906 orang dengan 276 kes dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI).

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×