Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Perkampungan Ummah Malaysia beri sinar baharu buat masyarakat Palu

Recommended Posts

81542469833_KotaPalu.jpg
KOTA PALU: Pembinaan Perkampungan Ummah Malaysia di bandar ini dilihat memberi sinar baharu buat mangsa gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah, 28 September lalu.

Perkampungan yang dikelolakan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu merupakan projek julung kali diadakan dan antara inisiatif terbesar dalam misi bantuan kemanusian dari Malaysia ke kawasan yang terkesan akibat musibah itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata berdasarkan perkembangan semasa, pihaknya yakin pembinaan perkampungan yang baru bermula empat hari lepas di wilayah Ulujadi itu dapat disiapkan dalam tempoh ditetapkan pada pertengahan bulan depan.

"Alhamdulillah, projek ini menunjukkan perkembangan positif. Walaupun baru empat hari ia dijalankan tetapi struktur tiang serta dinding rumah telah siap dibina," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan perkampungan itu pada Sabtu.

Perkampungan Ummah Malaysia yang dibina dengan anggaran kos RM1 juta itu bakal dilengkapi dengan 100 rumah, masjid, dapur umum, pompa (perigi) air serta kawasan permainan kanak-kanak.

Mujahid berkata inisiatif itu dilihat mampu mengurangkan penderitaan yang dialami mangsa kerana tempat berlindung seperti khemah sementara telah mula rosak.

Beliau berkata terdapat rancangan mewujudkan 'gelombang kedua' untuk membina lebih banyak penempatan seumpama itu di beberapa lokasi yang akan dikenal pasti kelak.

Kejadian gempa bumi kuat dan tsunami itu dilapor mengorbankan nyawa sekurang-kurangnya 2,000 penduduk.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×