Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Gajah Sumatera dijumpai mati sementara gadingnya hilang

Recommended Posts

81542456323_GajahSumatera.jpg
BANDA ACEH: Seekor gajah Sumatera dijumpai mati dengan terdapat kesan gadingnya yang dipotong dan dilarikan, dalam satu insiden dipercayai melibatkan kumpulan pemburu haram yang menyasarkan haiwan terancam.

Agensi berita AFP melaporkan, khabar menyayat hati itu disahkan oleh pegawai agensi pemuliharaan Indonesia pada Jumaat.

Bangkai gajah jantan berusia 10 tahun itu ditemui di perkampungan Blang Awe di wilayah Aceh awal minggu ini.

"Gading gajah itu hilang dan terdapat banyak kesan darah di lokasi ia ditemui, ujar Ketua Pusat Konservasi Aceh, Sapto Aji Prabowo.

Sumber rasmi menganggarkan haiwan itu telah mati selama sekurang-kurangnya seminggu sebelum ditemui.

Punca sebenar kematiannya tidak dapat ditentukan dengan jelas kerana bangkainya sudah terlalu reput, ujar Prabowo.

Sampel tisu juga sudah diambil untuk mengnal pasti sama ada terdapat petanda keracunan.

Aktiviti meneroka hutan yang berleluasa telah mengurangkan habitat semula jadi haiwan berkenaan sekali gus mendekatkan konflik dengan manusia. Pada masa yang sama, gading gajah adalah antara item yang bernilai tinggi dalam pasaran gelap hidupan liar.

Sekurang-kurangnya 11 gajah liar di Aceh mati tahun lalu, dengan kebanyakan daripadanya dibunuh oleh manusia.

Pada Julai, seekor gajah Sumatera dijumpai mati akibat diracun di sebuah ladang minyak sawit.

Kementerian Alam Sekitar Indonesia menganggarkan kini hanya terdapat 500 gajah Sumatera yang masih hidup di Aceh.

BACA: Pinda Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 - WWF Malaysia

BACA: Bunuh gajah: RM120,000 ganjaran untuk saksi, pemberi maklumat

BACA: Myanmar musnahkan gading, tanduk dan tulang hidupan liar bernilai lebih RM5 juta

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×