Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Tolak ICERD agar perpaduan kaum terbela - Imam Besar Masjid Zahir

Recommended Posts

71542453561_DatukSheikh.jpg
ALOR SETAR: "Tidak ada keperluan bagi kerajaan pusat untuk meratifikasi ICERD."

Itu pendirian Imam Besar Masjid Zahir merangkap Penasihat Agama Istana Negeri Kedah, Datuk Sheikh Roslan Abd Halim yang senada dengan pendirian kerajaan negeri Kedah berkenaan isu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Tegas beliau, pelbagai kesan yang bahaya akan diterima jika kerajaan Malaysia menyokong usaha bagi meratifikasikan ICERD, terutama dari segi perpaduan kaum yang akan terjejas.

Tambahnya, Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada sudah cukup adil bagi memelihara hak dan kepentingan pelbagai kaum di Malaysia.

Memang kita kena menolak lah isu mengenai icerd ni sebab apa beri kesan yang bahaya kepada masyarakat di Malaysia, kita kena sama sama bagi sokongan supaya perjanjian ni tidak dipersetujui oleh kerajaan... ya kita kena sokong (perlembagaan), kena sokong, wajib kita kena sokong," ujar beliau.

Sheikh Roslan berkata demikian ketika hadir ke Majlis Kenduri Rakyat sempena Sambutan Maulidul Rasul di Surau Nurul Iman, Taman Serindit, Alor Setar pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim turut hadir bagi merasmikan majlis tersebut.

Dalam ucapan perasmiannya, Wan Romani menegaskan pihak ADUN-ADUN pembangkang negeri Kedah terutama dari Pasturut menyokong pendirian Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk menolak sebarang usaha bagi meratifikasikan ICERD.

BACA: Kedah tetap tolak ICERD - Mukhriz

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×