Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

AUKU tetap akan dimansuh seperti janji manifesto - Maszlee

Recommended Posts

81532848963_DrMaszleeMalik.jpg
KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mengulangi komitmen kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971, di mana ia akan menjadi kenyataan dalam tahun 2020.

Kata Maszlee, sebagaimana telah dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan, AUKU tetap dimansuhkan, malah ia merupakan agenda utama beliau di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

"Perkara ini telah banyak kali saya tekankan dan jelaskan sebelum ini," kata beliau hari ini.

Maszlee berkata langkah ke arah memansuhkan AUKU sedang diambil dan akan dilaksanakan secara berperingkat, termasuklah membatalkan Seksyen 15 AUKU terlebih dahulu.

Beliau menarik perhatian mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 November lalu juga telah memberi kelulusan bagi membolehkan pembatalan Seksyen 15 ke atas AUKU dilakukan sebelum ia dimansuhkan.

"Saya ingin menjelaskan bahawa aspek yang rumit adalah isu berkaitan dengan urus tadbir baik dan autonomi kewangan universiti-universiti awam.

"Pasukan undang-undang KPM sedang meneliti perkara ini dalam pelbagai sudut. Saya yakin proses memansuhkan AUKU akan selesai pada tahun 2020," kata beliau.

Mengulas lanjut perkara itu, beliau berkata, pembentangan pembatalan Seksyen 15 ke atas AUKU, dijadual awal bulan depan, merupakan langkah pertama dalam mentransformasi pendidikan tinggi agar seiring dengan kemajuan teknologi dan informasi, selain hasrat KPM yang menyasarkan satu akta baharu pendidikan tinggi digubal bagi menggantikan AUKU menjelang tahun 2020.

Katanya, pemansuhan AUKU turut akan melibatkan pembatalan Seksyen 47(2)(C) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 dan Seksyen 10(2)(C) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 yang terpakai kepada semua Universiti Awam, Institusi Pendidikan Tinggi Swasta dan Politeknik, Kolej Komuniti serta Institut Perguruan.

Jelas beliau, pembatalan beberapa seksyen dalam akta berkaitan ini sebenarnya selari dengan transformasi politik yang dibawa oleh kerajaan dalam mengukuhkan institusi demokrasi, terutamanya dalam memberi lebih ruang kepada penuntut universiti untuk bersuara dan terlibat dengan aktiviti politik di kampus selain menghasilkan graduan yang seimbang dan berupaya dalam menyuarakan pendapat mengenai isu semasa.

"Sebagaimana telah dijanjikan dalam manifesto Pakatan Harapan, AUKU tetap dimansuhkan," kata beliau.

"Ingin saya menegaskan di sini, semangat untuk membawa pembaharuan dalam sektor pendidikan di Malaysia masih kental dalam jiwa saya, dan usaha ke arah itu sedang dilakukan," kata beliau.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×