Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Perak bangunkan semula perlombongan bijih timah guna teknologi terkini

Recommended Posts

61468483367_NizarJamaluddin.jpg
IPOH: Aktiviti perlombongan bijih timah yang merupakan sumber pendapatan utama negeri suatu masa dahulu akan dibangunkan semula, menggunakan teknologi terkini yang lebih selamat dan mesra alam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, bagi tujuan itu kerajaan negeri akan bekerjasama dengan syarikat dari Australia yang berpengalaman dalam mengendalikan industri perlombongan.

"Dulu bijih timah merudum kerana digantikan dengan bahan lain, di samping harganya yang mahal, banyak pelombong di Perak berpindah kepada bidang lain.

"Teknologi yang digunakan juga sudah lapuk dan berbahaya, namun sekarang permintaannya meningkat kerana produk baharu memerlukan bijih timah asli yang wujud di Perak.

"Kita sekarang menerusi InvestPerak sedang bekerjasama dengan syarikat dari Australia, jika boleh pindahkan teknologi dan kepakaran mereka ke sini dan mencambahkan kembali industri bijih timah di Perak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir di taklimat polisi kerajaan negeri di Perak Chinese Chamber of Commerce and Industry (PCCCI), di sini pada Sabtu.

Yang turut sama Timbalan Presiden PCCCI, Steven Yow dan wakil dari agensi berkaitan seperti InvestPerak dan SME Bank.

Dalam pada itu, Nizar menjelaskan, aspek keselamatan dan operasi yang sistematik menjadi syarat utama bagi mana-mana pihak yang akan menjalankan aktiviti lombong bijih timah kelak.

"Kita boleh beri dan perbaharui semula lesen kepada mereka (pemain industri) namun masalahnya adakah mereka boleh memenuhi kriteria persekitaran antarabangsa.

"Mereka tidak boleh cemarkan sungai, tidak boleh rosakkan hutan atau cemarkan udara, kami sedang berusaha dengan pengusaha-pengusaha lombong khususnya dari China dan Australia tentang teknologi yang selamat dan terkini bagi tujuan itu," ujarnya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×