Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Bayar RM50 dapat 'perkhidmatan tambahan'

Recommended Posts

61542452236_ServiceExtra.jpg
KAJANG: Menawarkan 'perkhidmatan tambahan' dengan harga serendah RM50.

Itu khidmat yang diberikan sebuah premis urut di Bandar Mahkota Cheras, di sini yang berjaya dikesan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Kontinjen Selangor menerusi Ops Noda, hari ini.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, serbuan kira-kira jam 3 petang ini berjaya menahan lima wanita warga asing berusia 25 hingga 32 tahun disyaki bekerja sebagai tukang urut.

Menurutnya, semakan mendapati empat daripada mereka adalah warga Thailand, manakala seorang lagi merupakan warga Indonesia.

"Kita turut menahan seorang lelaki tempatan merupakan penjaga premis.

"Selain itu, beberala barang telah dirampas antaranya tuala, minyak urut, jadual kerja dan wang tunai," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas tentang kegiatan yang dijalankan premis tidak berlesen itu, Mohd Khaizam mendedahkan premis tersebut telah beroperasi sejak tiga bulan lalu dengan menggajikan pekerja asing tanpa permit yang sah.

Tambahnya, selain itu, tukang urut ini juga disyaki menawarkan khidmat tambahan dengan harga RM50 untuk memegang buah dada dan RM100 untuk seks oral.

"Siasatan juga mendapati premis ini beroperasi seawal jam 11 pagi hingga jam 12 malam," katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 3 Undang-undang Kecil.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×