Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Gerakan minta PH berhenti bersikap seperti pembangkang

Recommended Posts

81503126928_MahSiewKeong.jpg
KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) mengingatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) agar tidak terlalu selesa kerana rakyat kini lebih berani dan sanggup menukar kerajaan berbanding dahulu.

Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong berkata landskap politik telah berubah selepas PRU ke-14 yang menyaksikan rakyat lebih lebih mengetahui serta lebih sensitif akan hak mereka.

"Rakyat kini berani lawan jika kerajaan gagal, mereka boleh ubah kerajaan setiap lima hingga 10 tahun, justeru peranan pembangkang lebih penting, kita nak tawarkan semak dan imbang agar kerajaan tidak khianati mandat rakyat.

"Pemimpin kerajaan juga perlu cakap serupa bikin, berhenti buat u-turn kerana pakatan (PH) bukan lagi pembangkang, berhenti bersikap seperti pembangkang, populariti tinggi PH juga memerlukan banyak pemantauan bagi memastikan ia tidak melencong dan dasar-dasarnya memudaratkan rakyat," katanya dalam ucapan dasar presiden pada Persidangan Perwakilan Nasional ke-47 Gerakan di sini, hari ini.

Selain semak dan imbang, katanya, Gerakan yang memutuskan untuk keluar daripada perikatan Barisan Nasional pada Jun lalu juga dalam proses memperkukuhkan parti sebagai persediaan untuk menawarkan diri sebagai pilihan politik alternatif kepada PH.

Jelasnya, bukan mudah untuk Gerakan membuat keputusan untuk keluar BN selepas berkongsi kuasa selama puluhan tahun, namun Gerakan mahu lebih kebebasan dan kekuatan untuk menentukan sendiri hala tuju perjalanan politik parti itu.

Sementara itu dalam sidang medianya selepas itu, Mah berkata Gerakan menyokong cadangan penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat dakwaan penyelewengan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) agar fakta sebenar sampai kepada rakyat.

Selain itu, beliau berkata antara resolusi yang dibentangkan pada persidangan hari ini adalah cadangan mengehadkan tempoh penggal ketua bahagian kepada hanya tiga penggal.

"Saya harap ia (resolusi) diluluskan hari ini, saya tahu ia agak kontroversi kerana ada yang berpendapat kalau berkaliber pegang jawatan ketua bahagian 10 penggal pun tak apa, tapi kita dah buat kajian, tempoh tiga penggal adalah lebih baik," katanya.

Mah yang tidak mempertahankan jawatan berkata beliau yakin parti itu akan bangkit semula dan pimpinan baharu Gerakan yang akan dipilih hari ini mampu meletakkan parti itu sebagai antara kuasa politik utama di negara ini.

Pilihan raya umum yang lalu menyaksikan Gerakan kalah kesemua 11 kerusi Parlimen dan 31 kerusi Dewan Undangan Negeri yang ditandinginya.

Pemilihan dan Mesyuarat Agung Tahunan Gerakan membabitkan 1,500 perwakilan bahagian mewakili 300,000 anggota di seluruh negara.

Pemilihan jawatan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara naib presiden Datuk Dominic Lau Hoe Chai dan timbalan ketua pemuda Andy Yong Kim Seng.

Pemilihan jawatan timbalan presiden turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong dan naib presiden A. Kohilan Pillay.

Jawatan naib presiden pula menyaksikan pertembungan lapan penjuru membabitkan Raja Sara Raja Petra, Baljit Singh, G Parameswaran, Syed Abdul Razak Syed Long Alsa, V Prabagaran, Khoo Shiaw Lee, Choong Vee Hing dan Yap Yeen Ming.

Pemilihan bagi sayap Pemuda pula menyaksikan Chew Teik Thye bakal ditentang oleh Ooi Zhi Yi manakala di bahagian sayap Wanita semua jawatan tertinggi dimenangi tanpa pertandingan kerana hanya satu calon yang didaftarkan untuk setiap jawatan.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×