Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Guan Eng yakin PKR akan siasat dakwaan politik wang

Recommended Posts

61542444403_TBLGE.jpg
SHAH ALAM: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yakin PKR akan menyiasat dan mengambil tindakan sekiranya terdapat unsur politik wang dalam kalangan pemimpin parti itu sepanjang proses pemilihan baru-baru ini.

Menurut beliau, PH tidak akan masuk campur terhadap urusan dalaman parti-parti komponen mereka dan tiada sebarang keperluan untuk membincangkan perkara itu  di peringkat Majlis Presiden.

“Itu merupakan perkara dalaman PKR biar mereka uruskan. Saya yakin mereka akan ambil tindakan sewajarnya dan PH tidak mahu campur dalam urusan dalaman,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kongres Nasional PKR ke-13 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.

Sebelum ini proses pemilihan PKR berlangsung panas apabila tercetusnya beberapa isu di sebilangan kawasan sehingga menyebabkan perbalahan antara penyokong-penyokong calon bertanding.

Malah, ada juga pihak yang mengaitkan proses pemilihan kali ini turut dicemari dengan budaya politik wang bagi meraih sokongan di peringkat ahli akar umbi.

Selain itu, perkara ini turut disuarakan oleh calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mendesak agar kepimpinan parti mengambil tindakan berhubung perkara itu.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×