Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Pemimpin parti politik langgar peraturan keselamatan di KLIA

Recommended Posts

41542440769_AnthonyLoke.jpg
SEPANG: Seorang orang kenamaan (VIP) di Dewan Negara didapati telah melanggar peraturan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lepas.

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, orang kenamaan itu yang juga seorang presiden parti politik didakwa menceroboh ruang keselamatan dengan melalui kawasan laluan VIP tanpa menjalani prosedur pemeriksaan badan dalam kejadian pada kira-kira 10.20 malam.

Ketika mahu melalui laluan VIP itu, hanya pegawai keselamatan wanita yang sedang bertugas berada di situ dan orang kenamaan itu enggan menunggu pegawai keselamatan lelaki datang untuk melakukan pemeriksaan badan, katanya.

Orang kenamaan itu juga tidak mematuhi etika berpakaian dengan hanya berselipar ketika difahamkan untuk menghantar anaknya melalui laluan VIP itu, katanya.

Loke berkata pada hari kejadian, pegawai bertugas tidak mahu mengambil tindakan keatas orang kenamaan berkenaan kerana tidak mahu mencetuskan kekecohan namun perkara itu telah dilaporkan kepadanya.

"Ini bukan soal politik, tetapi ini soal aspek keselamatan di lapangan terbang, " katanya dalam sidang media di KLIA di sini hari ini.

Menurut Loke, kejadian tersebut termaktub dibawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (Akta 298) yang membolehkan seseorang individu yang tidak mematuhi arahan keselamatan dibawa keluar dari kawasan lapangan terbang.

Pada Oktober lalu, Loke mengumumkan prosedur pemeriksaan yang lebih ketat termasuk pemeriksaan oleh Jabatan Kastam dan Jabatan Imigresen akan dilaksanakan di laluan VIP di semua lapangan terbang bagi memastikan laluan berkenaan tidak disalahgunakan.

Loke dalam pada itu meminta orang kenamaan itu membuat permohonan maaf secara terbuka kerana melanggar peraturan keselamatan di KLIA.

Beliau yang memandang serius isu itu juga mahu laporan lengkap dibuat pihak pengendali lapangan terbang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) untuk dihantar ke Jabatan Perdana Menteri kerana laluan VIP diletakkan dibawah Bahagian Istiadat dan Urus Setia Persidangan Antarabangsa pada Isnin depan.

Katanya sebarang keputusan terhadap kejadian tersebut diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Soal memakai selipar masih boleh dimaafkan, namun sikap yang ditunjukkan pemimpin itu seharusnya tidak dimaafkan walaupun beliau bertaraf golongan kenamaan," katanya.

--BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×