Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kemenangan Tok Mat di Rantau 'tak aci' - Mukhriz

Recommended Posts

51538571232_MukhrizMahathir.jpg
ALOR SETAR: Keputusan mahkamah mengenai pembatalan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas adalah suatu keputusan yang tepat.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata ia merupakan suatu mandat kepada rakyat di kawasan itu untuk memilih wakil rakyat mereka yang sebenar-benarnya berdasarkan prinsip demokrasi.

"Saya sangat menghormati beliau (Mohamad) dia dulu menteri besar (Negeri Sembilan)...tapi takkanlah dengan jawatan menteri besar negeri itu sehingga perlunya ada seorang dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu sendiri yang memberi kemenangan yang tak aci, kemenangan tidak gentleman... menghalang calon lain untuk bertanding sehinggakan dia (Mohamad) menang tanpa bertanding," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysa (PBTLDM) di Institut Pengurusan dan Integiriti Kedah dekat sini hari ini.

Mahkamah Khas Pilihan Raya semalam memutuskan bahawa kemenangan Mohamad di kerusi Dun Rantau pada PRU14 adalah tidak sah dan terbatal dan PRK DUN itu perlu diadakan serta merta.

Sebelum ini Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menang tanpa bertanding kerusi tersebut selepas calon PKR Dr S. Streram dilarang masuk ke pusat penamaan calon 28 April lepas, ekoran tidak memiliki pas yang dikeluarkan SPR.

--BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×