Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Polis terus buru saki baki kumpulan pengganas di Sabah

Recommended Posts

71537849406_TBDATUKOMARMAMMAH.jpg
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah berkata pihak polis terus melakukan operasi untuk mengesan saki baki kumpulan pengganas di negeri ini.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima masih ada anggota kumpulan pengganas yang cuba bersembunyi di Sabah.

"Oleh itu pihak polis khususnya Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman terus mengesan individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Program Kepolisan Komuniti Bersama Pesuruhjaya Polis Sabah di Tanjung Aru Baru, di sini hari ini.

Beliau berkata walaupun masih terdapat saki baki kumpulan pengganas itu di negeri ini, namun beliau meminta orang ramai agar tidak bimbang kerana individu yang disyaki anggota kumpulan pengganas itu hanya mahu bersembunyai.

"Mereka yang terlibat dengan kumpulan pengganas ini hanya mahu bersembunyai di negeri ini dan tidak mahu dikesan oleh pihak polis kerana sebelum ini mereka pernah terlibat dengan aktiviti kumpulan pengganas itu di negara jiran," tambahnya.

Dalam operasi di Sabah dan Putrajaya pada 30 Okt hingga 12 Nov lepas Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia telah berjaya menahan lapan suspek yang disyaki terlibat dalam kumpulan pengganas.

Sementara itu, mengulas mengenai program kepolisan komuniti itu, Omar berkata ia adalah program turun padang yang bertujuan untuk mendekati masyarakat melalui pelbagai acara yang dilakukan termasuk dialog.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×