Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Dakwaan kertas SPM Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Cina bocor tidak benar

Recommended Posts

41496393317_SPMSijilPelajaran.jpg
KUALA LUMPUR: Berita tentang kebocoran kertas Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa Cina bagi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2018 adalah tidak benar, kata Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan hari ini.

Menurut LP dalam satu kenyataan hari ini, sehubungan itu, tidak ada keperluan untuk calon menduduki semula peperiksaan bagi kertas berkenaan.

Lembaga Peperiksaan telah menjalankan siasatan berkaitan aduan yang diterima.

Ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai perkara ini memandangkan peperiksaan itu telah dijalankan mengikut garis panduan yang diberikan oleh LP dengan penyeliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Menurut kenyataan itu, Kementerian Pendidikan juga memohon semua pihak agar lebih prihatin, berhati-hati dan tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak tepat kerana dikhuatiri akan mengganggu emosi dan fokus calon serta ibu bapa.

Peperiksaan SPM 2018 dilaksanakan mulai 13 Nov sehingga 13 Dis tahun ini namun terdapat khabar angin yang tular menyatakan bahawa kertas peperiksaan tersebut telah bocor dan calon dikehendaki menduduki semula kertas tersebut pada tarikh lain yang telah ditetapkan.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×