Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Kongres Nasional PKR Pusat bermula hari ini

Recommended Posts

61532859940_wanazizah.jpg
SHAH ALAM: Kongres Nasional PKR 2018 yang pertama kali diadakan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan berlangsung hari ini, dengan tumpuan pastinya terarah kepada ucapan dasar presiden.

Selain akan membentuk hala tuju parti selepas kerajaan baharu, ia juga merupakan ucapan terakhir Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden pertama parti itu sejak penubuhannya 20 tahun lepas.

Ucapan bagi membuka tirai secara rasmi kongres dua hari berkenaan dijadual bermula 9.25 pagi, sebelum diteruskan dengan penyampaian anugerah dan perbahasan ucapan dasar.

Kongres kali ke-13 itu juga akan memperkenalkan barisan kepimpinan tertinggi PKR, esok yang antara lain menyaksikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai presiden parti baharu selepas menang tanpa ditandingi.

Anwar, baru-baru ini dipilih menjadi wakil rakyat selepas menang kerusi Parlimen Port Dickson dalam pertandingan tujuh penjuru dijadualkan menyampaikan ucapan penangguhan presiden baharu pada sebelah petang sebelum persidangan ditangguhkan pukul 4 petang.

Seramai 2,735 perwakilan menyertai kongres berkenaan yang bermula dengan kongres Angkatan Muda Keadilan dan Wanita semalam.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×