Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Pelantikan Rebecca bantu Malaysia selaku hos Sidang Kemuncak APEC 2020

Recommended Posts

71542251773_RebeccaFatimaStaM.jpg
PORT MORESBY: Pelantikan Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria sebagai Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) akan membantu Malaysia membuat persiapan untuk menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Pemimpin APEC pada 2020.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Darell Leiking berkata pelantikan Rebecca amat penting untuk memastikan pencapaian matlamat APEC di bawah Deklarasi Bogor 2020.

"Laporan kemajuan Matlamat Bogor 2018 telah siap dan semakan akhir akan dilakukan pada 2020.

"Tan Sri Rebecca akan memberi laporan tentang pencapaiannya serta sasaran pasca 2020," katanya kepada media Malaysia di sini, pada Jumaat.

Rebecca, bekas Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, akan memulakan khidmatnya bagi penggal tiga tahun pada 1 Jan, 2019 selepas berakhirnya khidmat dua penggal berturut-turut yang disandang oleh Dr Alan Bollard daripada New Zealand.

Sepanjang khidmatnya, Rebecca, yang merupakan wanita pertama menerajui sekretariat itu, akan berkhidmat untuk keanggotaan yang mewakili separuh perdagangan global dan 60 peratus daripada KDNK dunia, serta tuan rumah akan datang Chile, Malaysia dan New Zealand.

Sementara itu, Darell yang berada di sini bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan APEC, berkata perkumpulan 21 anggota itu dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO) perlu melakukan transformasi untuk meningkatkan blok perdagangan pelbagai hala.

"Penstrukturan ekonomi dan pembaharuan kawal selia satu lagi perkara penting bagi APEC," katanya.

Beliau berkata APEC bekerja di bawah Agenda APEC Diperbaharui bagi Pembaharuan Struktur telah memanfaatkan Malaysia dalam memahami kepentingan menangani kelemahan struktur yang mengekang daya saing dan pertumbuhan ekonomi.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×