Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Amalan khatan bayi perempuan di Malaysia berbeza - Dr Dzulkefly

Recommended Posts

51539930965_DzulkeflyAhmad.jpg
PUTRAJAYA: Amalan berkhatan umat Islam membabitkan bayi perempuan di negara ini berbeza dengan amalan pemotongan genitalia wanita (FGM) yang diamalkan dalam kalangan wanita di beberapa negara lain, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Berhubung kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa amalan khatan bayi perempuan sebagai pencabulan terhadap hak wanita, Dr Dzulkefly berkata sesiapa sahaja boleh membuat dakwaan seperti itu.

"Saya nyatakan sekali lagi bahawa khatan bayi perempuan tidak sama dengan FGM dan kita perlu cermat dalam isu ini kerana ia menyinggung banyak aspek termasuk sosial dan budaya," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis Anugerah dan Pengiktirafan Kempen Blue Ribbon 2018 di sini pada Jumaat, beliau berkata kerajaan akan tetap membincangkan isu yang dibangkitkan oleh Suhakam itu secara halus memandangkan ia sangat sensitif.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Suhakam pada Rabu bahawa Putrajaya telah mengelirukan kajian Laporan Berkala Sejagat (UPR) mengenai hak asasi manusia berhubung FGM apabila ia mempertahankan FGM ke atas bayi perempuan sebagai 'tanggungjawab budaya' di Malaysia.

Dr Dzulkefly berkata kerajaan tidak akan bertindak kerana tekanan sama ada dari dalam atau luar negara, sebaliknya akan mengambil kira kepentingan semua pihak yang terlibat supaya isu itu dapat ditangani dengan baik.

"Isu bantah dan sokong ini biasa dalam amalan demokrasi, tetapi akhirnya kerajaan akan membuat satu pendirian dengan cermat dan bukan mengikut emosi," katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat masih dalam perbincangan dengan Kementerian Kesihatan berhubung isu berkhatan bayi perempuan di negara ini.

Menurut Dr Wan Azizah, perbincangan itu termasuk melihat kepada faedah daripada amalan berkenaan, serta menambah walaupun ia dilihat sebagai amalan budaya di Malaysia, ia tidak sama dengan amalan FGM yang diamalkan dalam kalangan wanita di Afrika.

-- BERNAMA

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×