Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Air mata Dr Afif gugur di Kongres AMK

Recommended Posts

71537653979_DebatAMK.jpg
SHAH ALAM: Dr Afif Bahardin yang tewas dalam pemilihan PKR bagi jawatan Ketua AMK hari ini dilihat tidak dapat menahan sebak ketika bertemu penyokongnya, petang tadi.

Beliau sempat menerima tepukan gemuruh daripada seluruh perwakilan yang masih tinggal di dalam dewan.

Sebelumnya, sebahagian perwakilan AMK meninggalkan dewan tanda protes apabila pengumuman Akmal Nasir sebagai ketua baharu.

BACA: Dr Afif koyak kertas 'cai' di hadapan perwakilan

Dr Afif yang juga Exco Pulau Pinang menemui penyokongnya selepas majlis selesai dilihat mengalirkan air mata saat bersalaman dan berpelukan.

Ketika ditanya soal suasana hatinya saat itu, Adun Seberang Jaya itu menafikan air mata itu gugur kerana tewas dalam pemilihan.

"Iya lah, nama pun perjuangan reformasi ini perjuangan air mata darah. Seperti saya sebut, ia 'emotionally draining exercise'.

"Saya terharu sebenarnya, saya menangis bukan sebab kalah tapi terharu dengan semangat setiakawan yang ditunjukkan oleh pasukan saya.

"Sebenarnya mereka yang mula nangis dulu," katanya kepada pemberita pada sidang media, hari ini.

Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) hari ini mengumumkan keputusan pemilihan bagi jawatan Ketua AMK yang dimenangi oleh Akmal dan Timbalan Ketua baharu, Hilman Idham namun jumlah undi diterima dirahsiakan.

Beliau sempat mengulas soal reaksi penyokongnya yang protes hingga meninggalkan dewan meskipun kongres masih berlangsung.

"Saya hargai respons daripada anggota tapi proses ini harus melalui proses demokrasi yang telah dipersetujui parti dan pimpinan," katanya.

Meskipun tewas namun beliau akui puas kerana telah memenangi hati ahli AMK yang menyokongnya.

"Saya sudah menangi hati mereka (penyokong), itu cukup untuk saya," katanya.

Beliau turut menyerahkan urusan selanjutnya berhubung audit terhadap keputusan pemilihan kepada pihak yang berkenaan dan katanya keputusan itu perlu diterima kerana rakyat tidak mahu mereka terus politiking.

Beliau sempat menegaskan pasukan Keadilan Masa Depan dibawanya dibubarkan sebaik kongres itu tamat, hari ini.

"Pasukan ini secara rasmi dibubarkan hari ini dan yang tinggal hanya barisan pimpinan AMK baharu yang dipimpin saudara Akmal dan Hilman," katanya.

BACA: Akmal Nasir Ketua AMK baharu, tetapi di'boo' perwakilan

Dr Afif yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua AMK turut memaklumkan akan mengambil tanggungjawab untuk turun ke seluruh negara bagi bertemu penyokongnya.

"Saya sendiri akan ambil komitmen untuk berjumpa dengan penyokong-penyokong saya di seluruh negara untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada saudara Akmal sebagai Ketua AMK," katanya.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×