Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Saya gagal jika kemalangan terus meningkat dalam tempoh 5 tahun - Anthony Loke

Recommended Posts

81536252780_menteroanthonyloke.jpg
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menegaskan penambahan Sistem Penguatkuasaan Kamera (AES) atau AWAS hanya untuk mendidik dan bukan berorentasikan keuntungan kepada kerajaan.

Tegasnya dalam temubual Eksklusif bersama Astro Awani, penguatkuasaan tegas untuk membantu rakyat dalam mengurangkan kemalangan jalan raya dan bukannya menghukum.

"Kita mulakan dengan satu bab penguatkusaan tegas kita bukan hendak kutip hasil hendak perangkap pemandu, sebaliknya kita hendak didik pemandu agar memandu tidak melebihi had laju.

"Jadi tiada soal u turn pada hal ini, kalau kita batalkan semua AES maksudnya tiada penguakuatkuasaan yang efektif di lebuhraya. Sudah tentu banyak kemalangan akan berlaku jika tiada kamera, dimana pemandu akan memecut laju (kenderaan) dan sebagainya. Yang saya menentang dulu kerana AES itu diswastakan, dimana sebarang saman akan dibayar kepada syarikat swasta,itu yang saya tidak setuju,'' jelasnya.

Kerajaan menerusi Kementerian Pengangkutan jelasnya,telah mengambil beberapa inisiatif dalam mengurangkan beban pesalah jalanraya antaranya membatalkan 4 juta saman AES berjumlah RM600 juta ringgit.

"Bermula bulan September (2018) kita mulakan penguatkuasaan lebih tegas, selepas bulan September kementerian mendapati jumlah saman menurun. Ia bermaksud bahawa pengguna jalanraya bimbang disaman dan timbul kesedaran sekaligus mengurangkan kadar kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut,"ujar Anthony.

Tambah beliau, purata kehilangan jiwa ekoran kemalangan jalan raya setiap hari di negara ini perlu diturunkan.

Malah tegas Anthony, mandat yang diberikan sebagai Menteri Pengangkutan perlu dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

''Kalau dalam masa lima tahun ini kadar kemalangan jalanraya tidak turun,tidak ada kenaikan keselamatan jalan raya maka saya bertanggungjawab berdepan dengan pengundi itu penilaian saya sendiri kalau saya gagal, saya berdepan pengundi lima tahun lagi,'' tambah Anthony.

Sehingga kini, kira kira 19 pengguna jalan raya maut dalam kemalangan setiap hari. Justeru angka terbabit jelas Anthony perlu dikurangkan.

"Statistik yang diperkenalkan kepada saya purata 19 rakyat malaysia meninggal dunia di jalanraya setiap hari. Itu satu angka cukup menakutkan dan saya tidak sanggup melihat angka ini meningkat itu sebabnya saya tegas konsisten nak buat sesuatu mengurangkan kemalangan jalanraya." kata Anthony.

Pernambahan AES sebelum ini memperlihatkan pelbagai reaksi masyarakat dan juga pemimpin politik.

Antaranya Naib Presiden Amanah Datuk Mahfuz Omar yang tidak bersetuju dengan cadangan penambahan AES itu.

Jelasnya, menyahut semangat Malaysia Baharu sesiapa boleh mengkritik tetapi perlu mengetahui matlamat utama pelaksanaan itu.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×