Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Peruntukan tambahan RM25 juta kepada sekolah agama rakyat, persendirian

Recommended Posts

81549412817_MaszleeMalik.jpg
PUTRAJAYA: Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan menyerahkan peruntukan sebanyak RM25 juta untuk digunakan bagi menaik taraf dan menyelenggara Sekolah Agama Rakyat (SAR) serta Sekolah Agama Persendirian yang berdaftar.

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, ia adalah tambahan kepada RM652 juta yang diluluskan dalam Belanjawan 2019 bagi semua sekolah di negara ini.

Katanya, Kementerian Pendidikan melalui satu jawatankuasa akan mengenal pasti sekolah-sekolah yang berpotensi menjadi sekolah berprestasi tinggi untuk diberikan keutamaan mendapatkan dana tersebut.

"Satu makenisme akan dibentuk untuk menentukan sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan di bawah peruntukan tambahan ini berdasarkan tiga kriteria iaitu prestasi, kualiti serta kebolehan memberi impak kepada anak-anak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Peruntukan Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian di sini, pada Khamis.

Sementara itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata ini adalah kali pertama Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Persendirian menerima dana daripada kerajaan pusat.

"Pemberian ini memperlihatkan komitmen kerajaan membantu sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan secara inklusif, dan ini termasuk pemberian sebanyak RM15 juta kepada Universiti Islam Malaysia, sebuah institusi pengajian tinggi swasta," katanya.

Jelas Guan Eng, belanjawan 2019 juga telah memperuntukan dana menaik taraf dan menyelenggara untuk jenis-jenis sekolah sebanyak RM652 juta, berbanding RM600 juta dalam bajet 2018.

Menurut beliau, kerajaan akan menyalurkan dana kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan pesendirian dengan syarat ia berdaftar dan tidak dimiliki oleh parti politik atau ahli politik, selaras dengan matlamat kerajaan untuk memisahkan pendidikan dari pengaruh parti politik.

Beliau juga menegaskan MOF akan terus memainkan peranannya dalam meningkatkan mutu persekolahan dan pendidikan untuk semua, mengikut kemampuan semasa.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×