Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Aktivis masyarakat pilihan BN untuk PRK Semenyih

Recommended Posts

41550141282_calonBN.jpg
HULU LANGAT: Teka-teki siapa bakal calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih terjawab apabila Zakaria Hanafi, 58, dinamakan sebagai calon mewakili parti itu.

Dalam satu majlis di Bilik Gerakan BN PRK DUN Semenyih di sini hari ini, nama beliau diumum Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan di hadapan kira-kira 300 penyokong parti itu.

Mengikut profil, Zakaria merupakan seorang aktivis masyarakat yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains Pembangunan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penglibatan beliau dalam politik agak minimum, kerana hanya pernah menjadi Pengerusi Tetap UMNO Cawangan Kampung Sesapan Kelubi di sini, namun anak tempatan Semenyih itu sangat aktif dalam bidang kemasyarakatan.

Bekas Penolong Pegawai Tadbir UKM itu mempunyai jawatan sebagai Setiausaha JKKK Kampung Sesapan Kelubi, Setiausaha Tabung Khairat Kampung Sesapan Kelubi, selain Ahli Lembaga Pengarah KOPEL Hulu Langat.

Dalam sidang media kemudiannya, Mohamad menjelaskan, pemilihan calon di peringkat DUN berlainan dengan Parlimen, kerana seseorang itu perlu aktif dalam aktiviti kemasyarakatan.

Katanya lagi, terdapat enam nama yang telah diserahkan, dan ada di antara mereka mempunyai kelulusan sehingga peringkat doktor falsafah, tapi Zakaria merupakan calon yang menepati semua kriteria ditetapkan.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×