Jump to content
Search In
  • More options...
Find results that contain...
Find results in...
Sign in to follow this  
admin

Akmal Nasir Ketua AMK baharu, tetapi di'boo' perwakilan

Recommended Posts

51542365183_Amal.jpg
SHAH ALAM: Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sah dipilih sebagai ketua Angkatan Muda Keadilan yang baharu bagi penggal 2018-2021, selepas nama beliau diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat di sini sebentar tadi.

Namun, sejurus nama beliau diumumkan, hampir separuh perwakilan mem’boo nama beliau kerana mereka dikatakan lebih memihak kepada seorang lagi calon iaitu Dr Afif Bahardin.

Ekoran rasa tidak puas hati, perwakilan terbabit bertindak melaung nama Dr Afif sambil meninggalkan dewan.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Hilman Idham telah diumum sebagai Timbalan Ketua AMK yang baharu.

Dalam ucapan sulung nya sebagai Ketua AMK yang baharu, Akmal berkata, beliau mengharapkan agar semua pihak dapat bertenang, kembali rapat dalam saf kepimpinan, serta menerima keputusan bagi membolehkan mereka menjalankan agenda lebih besar.

“Dalam ucapan ini saya harap dalam sepanjang tempoh saya memegang jawatan ketua AMK, saya mohon kerjasama, pertolongan kawan-kawan, mohon agar tanggungjawab ini dipikul bersama.

“Ini bukan terletak di atas bahu saya semata-mata. Kerana kalau kita gagal dalam tempoh empat tahun ini, kita semua gagal.,” katanya lagi.

Dalam ucapannya, Akmal turut menjemput dua lagi calon yang tewas iaitu Dr Afif, dan ADUN Kota Anggerik, Najwan Halimi untuk terus memberi sumbangan kepada sayap itu.

Let's block ads! (Why?)

Lihat Selanjutnya

Share this post


Link to post
Share on other sites

Create an account or sign in to comment

You need to be a member in order to leave a comment

Create an account

Sign up for a new account in our community. It's easy!

Register a new account

Sign in

Already have an account? Sign in here.

Sign In Now
Sign in to follow this  

×